Pages

this is her story.

benda ni peribadi, tapi nak jugak share a little bit story.
cerita ni pasal seorang sahabat saya.
beliau perempuan.
tau x, dia pernah bercinta and hampir berkahwin sebenarnya. namun, apakan daya, memang sudah takdir itu bukan jodah mereka.
cerita ini berkisarkan tentang macam mana beliau berjuang dalam menahan hubungan mereka.

Alia, (bukan nama sebenar), telah bercinta dengan seorang jejaka yang bernama Alif (bukan nama sebenar).
percintaan mereka bermula dimana alia bertemu alif ditempat mereka bertemu duga untuk mendapatkan biasiswa pelajaran lepasan SPM.

mereka pada mulanya hanya kawan, namun selepas 5 bulan berkawan, mereka mula serius.
alif akhirnya nekad untuk bertemu papa and mama alia. kedua ibu bapa mereka bersetuju dan merestui hubungan mereka. namun, setelah mereka sambungkan pelajaran ke luar negara. alif berubah perangai dan tinggalkan alia tanpa khabar berita selama 3 tahun.

sepanjang 3 tahun, alia hanya mampu berdoa dan yakin bahawa alif akan kembali. alia lansung tidak melayan lelaki lain kerana setianya beliau kepada alif.

akhirnya, penantian alif yang ditunggu memang kembali. namun, hadirnya alif bersama sekeping kad undangan majlis perkahwinan sudah cukup membuatkan alia sebak. meraung kesedihan.  apa yang alia dan keluarganya harapkan dari alif dan keluarga alif hancur begitu sahaja.

saya tidak faham kenapa lelaki tersebut yang telah berjanji dihadapan kedua belah keluarga untuk bernikah mampu memalukan si gadis bagaikan mereka bercinta tanpa pengetahuan keluarga?

ni lah nak cakap, lelaki ni walaupun dah janji apa-apa pun, kalau dah nak tinggal. tinggal macam tu je. xpatut sungguh..

No comments:

Post a Comment

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com