Pages

Skin Care Review : Kayla Beaute'


salam,


haha.. hari ni memang agak pelik sikit sebab i need to share something kind of lil important. okay, macam ni, kita clarify kan benda ni betul2 k.

first, saya memang guna skin care kayla beaute' from Leuniey. saya beri directly, terus dari sis leuniey sendiri. and one more thing, i'm not an agent or stock dealer peoduct ni. just ikhlas nak share pasal skin care ni sebab ramai je yang tanya. ni memang betul k, bukan citer gebang !

okay, macam ni, for this kind of product, Kayla Beaute', saya just guna moisturizer, day cream and night cream je dlu. sbb apa xguna honey soap, sebab  atas nasihat pakar, my skin was not suitable for cleanser made up of some kind like soap. kena guna foam atau something cair. u get what i mean kan? kulit xleh guna pencuci berbuku. haha.

tapi, honey soap bagus. dh tanya leuniey sendiri. and apa yang penting ada Honey ! sangat bangus untuk skin care. trust me !

okay, now, for the moisturizer, saya just guna 2 kali. pagi and malam, itu pon before bed. okay. kulit berminyak sangat kurang. memang kurang. kulit xde harm any effect. xde peeling. bagus. bau pon naturally from fruit. wangi and comel ! hehe.

okay, for day cream, ada colour. tapi semua day cream macam tu kan. so, it's okay. and one more thing. xde peeling. uv protection. hah ? kau mampu? hahaha. betul, my skin protected. bau okay, xharm kulit.

night cream dia, wallawey... best gilerrr.. bau dia best. damai je nak tido. sejuk. rasa xberminyak. bangun pagi pon boleh rasa lagi best nya cream tu.

hahh.. okay, within one week my skin berubah cerah. xdelah putih nak mampus.. hahahaha.. tapi cantik.

so, sesape nak lagi detail pasal product ni, terus lah ke instagram @kfln_beautyline okay.

saya just share one my behalf punya experiences. maaf ya. bukan berniaga. just share pengalaman. tq :p



0

PART I : aku kaki bola?

hai semua ! long time no see.. *ayat cliche je*

alhamdulillah. Allah masih bagi lagi kesempatan kepada saya nak menulis blog. dah lama kan xtulis blog. al-maklumlah.. busy je memanjang sem ni sebab banyak sangat benda yang nak di buat. so, saya fikir saya nak buat part by part la kali ni. moga Allah izinkan.

so, lets start with part 1.

#PART1

hari ni rasa semangat sikit nak typing pasal kenangan kat maktab dulu.yelah.. memandang sabtu ni JDT Vs TRW, semangat tu berkobar nak ingat balik pasal kat maktab dulu. sukanyaaa bila ingat balik kenangan kat maktab dulu.

seingat saya lah... masa form 3 - form 5 masa kat mrsm Jeli, BWP maktab saya akan buat ala2 tayangan perdana kalau kelantan masuk final, and masa tuh xleh balik. tayangan tu mesti buat kat dewan bitara. kalau before final, bebudak lelaki mesti tgk kat cafe. haha. semangat kan anak kelantan. moment yg susah nak dapat kat tempat lain.

masa final, xkira lelaki @ perempuan, semua semangat nak g tgk. haha. yang saya paling ingat , kawan saya, Shera tahir, Fihana, Suhada,Izzyan, Nuna... ni memang akan join tgk bola. ade je yg lain.. tapi ramai sangat yang nak dimentioned. kalau shera, dia ni memang semangat habis laa kalau tgk. yg xtahan nya,, sampai sekarang kot masih ade semangat tu. saya bukan xde, ade... cuma xsempat nak berstatus di fb. haha.

masa kat dewan tuh, laki ke pompuan ke, semua bersorak bagai nak rak. haihh.. i wish if i can repeat the time with those of you. kalau gol tuh.. bebudak lelaki yg ade kat belakang dewan mesti akan bersorak rapat sampai depan. ade je yg berconteng muka lah bagai. abg2 senior masa tuh memang gempak laahh kalau bab2 bersorak. hahhh... nak cakap sanggup nya pasal bola, kita org akan turun awal g cafe, then beli makanan. sbb nanti xnak missed even single moment of the kick. haha. budak negeri lain jarang saya dgr cerita macam ni. haha.

honest speaking, moment macam ni memang rapatkan ukhwah. sebab, masa ni xkira junior ke senior ke, semua bergabung meletoppp.. haha. suka nya. kalau shera tahir, dah xingat org kiri, kanan,depan belakang dah kalau bersorak. suka sangat. xmampu nak kata apa2.

bola sepak kelantan memang hebat penangan nya. even saya kat MMU ni pon dh dpt trace sorang abg senior kelantan yang jugak kaki bola. haha. yang paling best, pakwe aku juga kaki bola and penyokong TRW. "selamanya TRW" katanya. haha.

family aku memang semua kaki bola. papa, umi, angah, yaya, addin, addib, makcik2 , pakcik2.. semua nya kaki bola. so korang jangan laa pelik kalau aku pon terpengaruh sama.
sekarang MISI aku nak ensure kelantan ke final. bkn ape.. semangat gila gempak sehh.. aku memang suka sangat tgk suasana kat stadium bukit jalil. meriah dia tu semacam. haha.
kalau aku jadi player.. sumpah aku jadi semangat berkobar2..

maaf lah.. sampai sini je part 1 aku. later sambung balik.. chowww...
0

mana lagi penting ?

kita banyak fikir pasal itu ini. perkauman bla bla bla.. sebenarnya, seseorang itu xmampu pon nak jatuhkan kita if kita beriman dengan ajaran ALLAH SWT. kita berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah. kalau kita ingat pesan Rasulullah SAW, kita xperlu goyah dgn semua fitnah dan kata2 hina. sekarang ni masalah nya ramai yg letakkan agama Islam kat tepi. fikir dunia je lebih.

http://www.mazeermohamad.com/2013/05/risalah-yang-mengubah-pemikiran.html

baca artikel dalam link. saya hormati ape yang saudara ini try buat.
tapi bagi pandangan saya, #xde kena mengena dgn tuan pemilik website#
saya nak bagitahu yang ramai sibuk risau pasal perkauman.

korang kene ingat bahawa kaum itu xpenting jika nak dibandingkan dengan agama.
fikir dengan logik, kenapa MELAYU masih lagi mendapat tempat?
sbb orang masih pakai lagi perlembagaan Malaysia , Art 3 yang cakap Islam agama rasmi negara M'sia.

macam mana kalau org semua pertikaikan hak tu dan hak tu di tukar ?
ISLAM bukan lagi agama rasmi.
jangan kata rakyat..
malah, dah xde pemimpin nak pertahankan islam.
masa ni bukan kata melayu, mana2 bangsa pon akan jatuh.

kita asyik nak tunding jari cakap itu salah, ini jahat, ini racist.
BANGUN la anak melayu...
jangan sibuk nak cari salah orang..
orang sepakat bukan setakat nak jatuhkan melayu, malah ISLAM !

sebab apa???
SEBAB MELAYU HANYUT DGN DUNIA!!
SEBAB MELAYU LEKA !
MELAYU SUKA HASAD DENGKI!
MELAYU TAKUT!
MELAYU GHAIRAH DENGAN DUIT!
GHAIRAH DENGAN PEREMPUAN !
ARAK , JUDI, DADAH SERANG KITA !
kenapa????
sebab kita xde pegangan agama yang kuat.

kalau orang tegur, kita melenting.
cepat je cakap yang orang tu ilmu xcukup la, ape laa..
eh, orang ade ilmu banyak tegur pon kau buat xtau je.

kalau korang perasan,
zaman Rasulullah dulu, semua bersatu dibwah PAYUNG ISLAM!!!
Bukan sebab orang ARAB !!!

paham x kat sini???

so, kita kalau nak bangkit, bukan bangsa semata2..
ISLAM kena bangkit bersama2.

STOP !
jangan salahkan orang lain. slah kan diri sendiri.
kau nak Allah tolong kau,
tpi kat mana KAU letak AGAMA ALLAH dalam hidup kau?
kat mana Islam dalam hati kau?
ingat orang sangat takut kalau Akidah dan Tauhid kita sangat kuat.




0

aku.. berpolitik ??? [1]

politik ?
ramai yang tanya saya saya sokong parti mana ? ehemmm.. sorry sikit.. baru 19, xmampu nak jadi pengundi pon. hurmmmm.. xpe, saya xnak jadikan itu sebagai alasan untuk saya tidak boleh bg pandangan saya.

malaysia sangat dikenali sebagai negara demokrasi. demokrasi ? anda yakin ? bukan diktator? hah.. kenapa saya cakap diktator? sbb saya xnampak pon persamaan malaysia dengan negara demokrasi yang lain.

bukan la entry saya nak menyatakan pembangkang or kerajaan jahat or bagus, tapi as anak muda yang belum dapat mengundi and berada dalam keluarga yang sangat suka berpolitik, saya tersepit sbb pandangan kami anak muda tidak diterima.

bagi saya, saya lebih suka pentadbiran yang jelas matlamatnya. bukan sekadar mencadangkan pebangunan tapi melibatkan negara terpaksa berhutang. we must know, kalau negara kita involve dgn IMF or world bank, kita akan melibatkan negara kita dengan yahudi . kenapa ??

hah.. nanti akan diceritakan kemudian hari.

ni nak cakap, kita negara "islam''. kononnya.. anda sedar atau tidak sebenarnya Malaysia adalah negara sekular. ini dijelaskan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman. anda ingat akan suruhanjaya cobbold? anda ingat akan jus soli ?

 hah.. anda ingat akan Tok janggut ? Haji Abdul Rahman Limbong? ramai yang cakap mereka menentang british kerana cukai. anda sebenarnya silap. mereka menentang british kerana mereka ingin selamatkan Islam!! ISLAM ! namun, sejarah menceritakan sebaliknya.. sedih bukan.

anda semua tahu, Tunku Abdul Rahman sanggup menerima tawaran british dan sanggup mengikut telunjuk british malah undang2 british ! come on laaa.. orang yang memperjuangkan islam dalam suruhanjaya Cobbold sendiri adalah orang asing iaitu orang pakistan ! mana pejuang kita ?

mengenai jus soli. ini semua taktik, buku sejarah dari ting.1 hingga 5 fitnah belaka. anda semua kena tahu bahawa sejarah sebenar tidak akan disebarkan..

kalau anda perasan, kebanyakkan orang sasterawan, sejarawan dan peguam yang melibatkan diri dengan sejarah dengan lebih mendalam pasti akan marah dengan penipuaan sejarah yang berlaku sekarang !

bersambung....


0

i'm a babyholic.

xtau sejak bila aku ade perasaan ni..
dah kenapa sekarang jdi makin babyholic..









memang sanggup xtido sbb nak tatap muka baby..
bila cerita kat orang,
semua cakap saya ni berangan nak jadi ibu.
hadoiii..
xsangka lak mcm tu.
saya cuma minat baby je.
minat... syang..

they all cute !


0

when a little child speak about that...

salam,
hari ni rasa mood saya dah cukup baik nak menulis. 
maybe..
hurm, saya lahir tahun 1994 dan masih belum layak mengundi lagi sbb bru je 19 tahun.
memandangkan nak dekat pru ni, saya rasa saya akan post mengenai benda ni la. 
hurmmm.. how to start eh?
macam ni lah. 
Malaysia ni negara demokarsi.
sekarang ade 2 benda yg famous.
BN and PR.
tapi yang saya kesal...
bila kempen...
banyak unsur yang xpatut dimasukkan.
Astaghfirullah..
first :
fitnah
second :
 unsur2 xpatut
third :
tunding jari

susahkan bg mereka2 yng layak mengundi nak memilih.
nak membezakan yang mana hak dan batil.
nak membezakan kepimpinan mana yg baik.

ohh yes.. BAIK
maksud baik ni bukan sahaja baik di dunia, tapi baik juga di akhirat.
macam mana eh ?
this is my personal opinion.
xsuruh sesape percaya ke ape.
just nak bgtau.

ramai yang cakap,
"alaaa...kalau nak jadi baik, kena mula dgn diri sendiri.."
hurmmm.. betul. start dgn diri sendiri.
tpi, saya nak tanya.
diri sendiri je ke yang nak masuk syurga???

awak lupa ke tanggungjawab awak sebagai Khalifah Allah?
once kita mengaku kita ni khalifah Allah, kita kena sampaikan dakwah walau satu ayat.
hurmm.. so, for me, diri sendiri dan kerajaan itu membawa satu tugasan yg bg saya ade sedikit perbezaan.

kerajaan mempunyai kuasa.
diri sendiri ape lah sangat.
so, bila kita punya kerajaan yang baik,
in shaa Allah..
banya benda2 yang baik akan diterapkan.

so, macam mana nak tentukan yang baik or Kurang baik?
hurmm.. kita boleh tgk penyokong lah kot.
#ni pandangan saya. xnak masukkan yang berat2. just for us.#
bagi saya, dua2 pihak ae penyokong orthodox @ fanatik .

haihhh...
for me, xkesah lah kau nak fanatik mcam mana pon.
tpi, jangan sampai satu tahap kau kutuk2.
jangan sampai caci maki.
jangan sampai FITNAH !
Nauzubillah..

tu satu hal lahh..
ramai yang cakap..
"biasalah dikk, org nk pancing undi, mcm2 depa buat.."

daaaa........
nak pancing undi pon,
xperlu nak lucahkan masyarakat.
xperlu nak langgar batas islam.
KITA XBOLEH ASINGKAN POLITIK DGN AGAMA !
SEKULARISME.

ni nanti adelah yang nak cakap saya akan disaman.
opppsss...
i don't mind.

kesal lah bila berlaku fitnah.
hina sesama manusia.
deyyyy.. kau sibuk nak hina orang,
kau tu dah ade tiket nak ke syurga Allah ke belum?

bila masuk bab politik..
hahhhh..
tudiaaa..
lupa Allah..

paling xtahan,
guna social network.
eh, nak kempen pon agak2 laa. 
jangan sampai lupa hukum Allah.
social network ni bukan nya above 21 semua.
bebudak sekolah ramai.
umur saya ramai.
so..
bila kita masukkan yg benda negative 
bwh umur ni pendek akal nak menilai.
contohnya vid2 yg xpatut ditonton.

so, bg mereka yang xcukup umur tu,
pasti nmpak apa yang kita share.
bila kita share benda fitnah,
bebudak tgk.
percaya.
maka...
lahirlah generasi fitnah.
sebab ape?
KITA.
punca benda ni.

saya bukan nak cakap saya sokong mana2. 
tapi,
kita orang educated,
kena bijak menilai. 

menilai tu mcm mane?
mcm ni.
kalau nak dgr ceramah politik,
pleaseeee..
dgr dua2 pihak2.
kalau nak menilai pemimpin,
nilai dua2 pihak.
sebagai penyokong, peminat or what ever it is,
pleaseee..
berlaku adil dalam menilai.

sebagai rakyat Malaysia,

saya nak bgtau anda ,
bahawa rezeki anda ditentukan Allah,
bukan kerajaan.
waima kerajaan punya rezeki,
juga ditangan Allah..

nak pilih pemimpin, 

first, saya cadangkan tgk 
Agama dia.
tertunai x kewajiban agama dalam diri dia.
bukan ape,
kalau pemimpin kita xtau selok belok Islam,
mcm mne nak tadbir negara.

then, tgk family dia.

wife,
anak..
apa pekerjaan mereka?
didikan agama terhadap family tu ok ke x?
bkn ape.
kita kena ingat.
bila agama ISLAM menjadi tonggak utama dalam hidup,
Allah dh jamin.
hidup berkat.

then, tgk org sekeliling dia.

sahabat,
pekerja,
@ anyone yg bersama dgn dia.
ok x agamanya?

ingat,

jangan sibuk nak kejar duit.
sebab..
hidup yang lebih kekal nnt di akhirat.

hurmmm.. 

saya nak bgtau jugak lah.
nak tegur senang cerita.
bagi ahli politik yang nak berkempen,
pleaseeee... 
pleaseee.....
cari cara palaing bersih.
no slander.
no porn.
no lies.
no bribe.
no video editing.
MORE FACTS 
pleaseee..

pleaseeee..


jangan nak ajar kami dgn cara xbetul.

kami org ada ilmu,
otak,
akal,
perasaan.
kami mampu menilai.

kalau betul

anda inginkan parti anda menang
sila jujur
sila betulkan kiblat akidah anda
dan
penyokong anda.
jangan pisahkan agama dan politik.


pape pon semoga parti yang IKHLAS, JUJUR, TELUS dan DIREDHAI ALLAH S.W.T 

menang GE13 ni !!!






0

berdikari untuk beradab ?

salam.
alhamdulillah, setelah sekian lama x menulis blog, kali ni saya tampil kembali bagi menceritakan sesuatu yang berlaku dalam hidup saya.

siapa kata kita xmampu untuk berdikari ? selagi Allah masih dengan kita, selamanya kita mampu untuk berdikari. asal jangan lupakan Pencipta yang Maha Agung je.
Alhamdulilah. saya dan rakan2 di mmu secara unofficial nya dah jadi 19 tahun. not really tua, tapi boleh dikatan bukan kanak2 lagi kan. 

berdikari ? adakah itu topik saya ?yup. berdikari.
tapi kali ni saya nak bagitahu anda mengenai cara kita dengan orang lain. itu pon dikira berdikari jugak lah kan sebab tanpa bantuan parents kita, macam mana kita nak berhadapan dengan masyarakat?



hurm.. tapi sebelum kita pergi jauh, jom kita tgk perhubungan kita dengan sahabat kita dulu. 
aduhai.. kita semua ni cerita lebat je nak jadi lawyer la, doctor la, engineer la. tapi dengan kawan sendiri pon xtau nak beradab, macam mana kalau kita dengan masyarakat. ni la yang kita panggil BERDIKARI UNTUK BERADAB. 
kawan2, cara kita bercakap dengan kawan sebenarnya telah sedikit sebanyak menggambarkan didikan ibu bapa kita kepada kita. 
cuma bayangkan kalau kita cakap buruk, orang akan anggap : "ooo.. macam ni mak ayah dia ajar anak dia cakap!"...


see , people will judge u no matter what !
ooooooo come on! you have to change!

xbermakna hormat gila2 kat kawan, cukup sekadar bersopan. tambah2 kalau awak tu prempuan. lagi la sopan diperlukan.
ni x, muka cantik, body lawa, sekali cakap.. mencarut sana sini. saya bukan nak nasihat orang je. ini pon NASIHAT UNTUK SAYA JUGAK ! don't worry.. mulut saya pon jahat jugak. but, people can change right ?

so, jaga adab cakap, jangan ingat awak dah lama kawan dengan dia awak xnak jaga adab. silap tu, dalam bersantai, adab jangan dilupakan. tau sebab apa, kalau kita terOVER santai.. orang akan jadi xsuka. seriously ! wanna try to be hate by our own friends ? if u want. just do it.

so kawan2. lets start our new attitude ! kita perlu berdikari untuk lebih beradab dan bersopan dengan kawan2. bila kita rasa kita dah berjaya lakukan, so kita xde masalah la nak jumpa dengan masyarakat sekeliling ! 

come on guys ! we can do it !
pray to Allah !
everything gonna be fine !
:)

0

tunggu

salam. dah lama kan aku xtulis and updated blog. nanti ade laa benda yang aku nak updated , cuma tgh kumpul bahan !
0

anak-anak ''mummy''

assalamualaikum semua.. lama dah saya tunggu saat nak updated blog ni.. hahah

kali ni saya nak share pengalaman kami berjalan jauh kat Melaka. kami ke Umbai sebab nak makan ikan bakar. 

masa kat umbai, saya dapat gelaran ''mummy'' kepada 5 org anak. 

sebab saya la paling "keibuan" kat situ.. hehehe.

kat bawah ni gambar2 kami :)


ni Anis.. driver kami.. kononnye selaku anak sulung laa.. "kononnye"..


ni saya dan zawiyah.. roomate from sabah.. merangkap anak ke 4 la konon nye


ni lobakss.... anak ke 2


ni si Zawiyah anak ke 4 dala "kelurga" kami.. hahahah


ni iylia dengan salina.. iylia dapat watak anak number 3 , salina jdi anak last.. hehehe


ni saya dengan zawiyah masa atas kereta nak ke Umbai...


ni ''mummy'' dengan ''anak bongsu''..


happy family


anak2 ku...



kami ...

























atas kereta..

ini lah kami semua..


0

Hatiku Milik Allah

Allahu Akhbar !!!

ni ajelah ungkapan yang dapat saya luahkan buat masa sekarang. Alhamdulillah, Allah telah memberi peluang kepada saya dan rakan2 saya untuk menunaikan qiamullai. niat di hati ni sikit pon xde nak menunjuk. just nak share how does the feeling when i was there.
frankly, sangat sebak dapat qiam even dekat surau MMU je. sebab apa saya sebak? sebab saya rasa macam Allah sayang saya. saya banyak sangat buat masalah, lupa diri sebelum ni. hari ni, Allah jemput saya dan bagi peluang keemasan kepada saya dan rakan2 untuk qiam.
saya mula2 rasa macam xnak pergi sebab saya xsihat. tapi, saya cakap kat diri saya, kalau saya xpergi sekarang, bila lagi saya nak pergi ?? Alhamdulillah, Allah permudahkan segala2nya.
usaha untuk mengadakan qiam ni adalah hasil usaha akak2 usrah kami iaitu Kak Mira and kak mei mei.
saya rasa berterima kasih sebab mereka sudi adakan qiam dan ajak kami bersama.

masa qiam,
saya perasan, masa qiam semua macam betul2 mengabdikan diri kepada Allah. semua menangis. hiba dan sebak. bukan senang nak dapat peluang ni. susah !!
benda yang paling penting yang saya dapat ialah, semua hamba Allah ni sebenarnya masih lagi berpeluang nak bertaubat dan beribadat kpd Allah.
BELUM TERLAMBAT UNTUK KITA BERUBAH !

saya rasa tenang sangat2.. tenang dengan keadaan yang sangat2 memuaskan. tiada tandingan. susah kan nak dapat feeling macam ni dalam kehidupan seharian. ya ! saya memang mula mengakui skarang yang solat itu memang rehat. rehat jasmani dan rohani. banyak benda yang saya dapat semalam. banyak sgt2.

even masing2 busy pasal assignment, tapi diaorang still lagi tabah dan usaha jugak nak qiam. nampak sangat effort tu. semua lawan ngantuk. SubhanAllah ! semua berjihad melawan nafsu tidur. Alhamdulillah.

apa yang saya nak tegas kat sini, jomlaa kita berubah kearah yang lebih baik. Pintu taubat Allah tu sentiasa terbuka untuk kita semua. jomlaaaaaaa.... bila lgi kalau bukan sekarang kan..
saya rasa macam kita semua patut try qiam at least sekali dalam hidup kita, so that masa tu baru kita semua dapat rasa apa itu mengabdikan diri kepada Allah.

hati tenang sangat2..... rasa macam selesai hutang 1 juta tau ! seriously !

saya sedar Allah bersama kita sebenarnya.. tapi kita yang xtau and buat2 xtau..

so, apa tunggu lagi ! jom pasangkan niat untuk terus melakukan qiam xkira masa !

pasangkan niat jugak nak berubah,,

Allah itu ada untuk membantu kita, jangan sesekali putus asa. Allah sayangkan kita tau. sweet kan ?

dalam banyak2 kisah cinta, xde kisah yang dapat menanding kesweetan cinta Allah tau !

good luck bagi semua yang nak qiam. pasang niat betul2 ! Lillahi taa'la tau ! jangan sbb nak riak !

good luck !!! <3
:)
0

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com